Images
  • Silat generic

PERSISI sasar perkenal silat sebagai acara Sukan Olimpik

SINGAPURA: Tidak setakat pencapaian di Sukan SEA, Persekutuan Silat Singapura mempunyai sasaran lebih besar.

Ia sedang berusaha agar silat dimasukkan sebagai acara Sukan Olimpik menjelang kejohanan unggul itu dalam tahun 2032.

Bagi menjadikan impian itu satu kenyataan, sekurang-kurangnya 50 negara di tiga benua harus menjadikan silat sebagai acara sukan yang sudah diterima umum.

Pada masa sekarang, kurang 20 negara memenuhi syarat itu.

Persekutuan Silat Singapura telah bekerjasama dengan rakan-rakannya di seluruh dunia termasuk di benua-benua Eropah, Amerika dan Afrika.

Ia juga mengadakan lebih banyak program silat di negara ini seperti di sekolah-sekolah, masjid dan pusat kemasyarakatan.

- BERITAMediacorp/nk

Komen Anda?

Top
>