Images
  • perses team
    Persekutuan Sepak Takraw Singapura (PERSES) menyasarkan untuk merangkul pingat emas tahun ini. (Gambar: PERSES/ Facebook)

PERSES dedah pasukan 18 orang bagi latihan Sukan SEA tahun ini

SINGAPURA: Persekutuan Sepak Takraw Singapura (PERSES) mendedahkan satu pasukan 18 orang bagi menjalani latihan untuk Sukan SEA akan datang.

PERSES menyasarkan untuk merangkul pingat emas tahun ini.

Sukan SEA 2015 disifatkan sebagai persembahan terbaik pasukan sepak takraw negara ini dalam sejarahnya.

Pasukan negara meraih satu pingat perak dan tujuh gangsa di tanah air sendiri.

PERSES percaya pasukannya boleh melakukan lebih baik dalam Sukan SEA di Kuala Lumpur Ogos ini.

Presiden PERSES, Halim Kader berkata: "Seramai 18 orang pemain sepak takraw terdiri dari orang-orang lama dan baru yang akan diserapkan ke dalam senarai 15 orang pemain yang akan kami cadangkan kepada Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura."

"Saya penuh yakin para pemain yang terpilih nanti akan menunjukkan keprihatinan dan permainan yang terbaik untuk memenuhi matlamat pasukan sepak takraw Singapura," katanya.

Bagi mencapai matlamat yang ditetapkan, PERSES akan juga menghantar para pemain untuk menjalani latihan dan pertandingan-pertandingan di luar negeri seperti Kejohanan Sepak Takraw Antarabangsa di Korea bulan depan.

Dalam Sukan SEA akan datang, pasukan sepak takraw negara akan bertanding dalam acara berpasukan, regu, beregu dan Chinlone. 

- BERITAMediacorp/im

Komen Anda?

Top