Images
  • s league
    Satu perlawanan Liga S.. (Gambar: S. League)

Perlawanan Liga S. distrim online secara percuma musim ini

SINGAPURA: Tidak dapat ke stadium untuk menyaksikan perlawanan Liga S. pada musim baru ini? Jangan khuatir, akan ada perlawanan yang disiarkan secara langsung menerusi online di bawah satu inisiatif baru.

Menurut Persatuan Bola Sepak Singapura, perkara itu dijayakan oleh projek Platform Penstriman Secara Langsung di bawah Program Inisiatif Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC).

Ia bertujuan untuk membantu anggota persatuan (MA) memperkukuhkan sukan itu di negara masing-masing.

Penstriman itu akan diadakan di laman pakar khusus penstriman video mycujoo, rakan AFC bagi projek itu.

Perlawanan pembukaan musim ini, yang berlangsung pada 6.00 petang hari ini (26 Feb) antara Tampines Rovers dengan Albirex Niigata (S), di Stadium Negara, adalah perlawanan pertama yang akan distrim "secara langsung".

Pada masa sekarang ini, para peminat bola sepak tempatan juga dapat menonton perlawanan Liga S. "secara langsung" hampir setiap hari Jumaat yang disiarkan Mediacorp.

Bagaimanapun, TODAY memahami pelan itu adalah untuk strim satu lagi perlawanan Liga S pada setiap minggu.

Terdapat juga pelan-pelan untuk strim perlawanan daripada Liga Bola Sepak Nasional (NFL) dan Liga Nasional Wanita. 

- TODAY/ru

Komen Anda?

Top
>