Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Perenang Singapura Quah Jing Wen, Francis Fong menang pingat emas di Sukan Belia Komanwel

Perenang Singapura memulakan Sukan Belia Komanwel di Bahamas dengan permulaan yang baik - memenang dua pingat emas dan satu pingat perak - pada hari pertama pertandingan itu (Khamis, 20 Julai, waktu Singapura).

Anggaran Waktu Membaca:
Perenang Singapura Quah Jing Wen, Francis Fong menang pingat emas di Sukan Belia Komanwel

Quah Jing Wen yang memenangi pingat emas (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 20 Jul 2017 11:15PM Dikemas Kini : 21 Jul 2017 11:01AM

SINGAPURA: Perenang Singapura memulakan Sukan Belia Komanwel di Bahamas dengan baik - memenangi dua pingat emas dan satu pingat perak - pada hari pertama kejohanan itu (Khamis, 20 Julai, waktu Singapura).

Quah Jing Wen, memenangi pingat emas di acara gaya kupu-kupu 50 meter apabila beliau mengalahkan Alica Marie Wilson yang mewakili England di peringkat akhir. Pelajar Tahun 5 Sekolah Anglo-Chinese (Independent) yang berusia 16 tahun itu mencatatkan masa 27.23 saat, hanya 0.05 saat di hadapan Wilson. Masa tercatat itu juga masa paling baik buat belia tersebut, dan beliau bergembira atas kejayaannya itu.

Jing Wen adalah adik perempuan kepada perenang Quah Zheng Wen yang layak ke peringkat separuh akhir Sukan Olimpik Rio.

"Saya hanya ingin menyertai dan berseronok, dan saya amat gembira kerana dapat mencatat masa terbaik baru dan memenangi pingat emas buat Singapura di acara 50m gaya kupu-kupu," katanya.

Satu lagi pingat emas dimenangi Francis Fong bagi acara renang kuak lentang 100 meter.

Pelajar 17 tahun, juga dari ACS(I), mengalahkan peserta dari Scotland Scott Alexander Mclay, apabila beliau mencatat masa 56.42 saat. Mclay menang pingat perak dengan masa 56.53 saat.

Tetapi Mclay berjaya memenangi pingat emas apabila beliau mengalahkan perenang Singapura Dylan Koo.

Mclay memenangi acara renang gaya kupu-kupu 50 meter mencatat masa 24.53 saat, hanya 0.02 saat di depan Koo, yang mencatat masa 24.55 saat.

Pada hari pertama pertandingan itu, Singapura berada di tangga ketiga bagi acara renang. New Zealand berada di tangga pertama dengan tiga pingat emas, satu perak dan satu gangsa manakala Afrika Selatan berada di tempat kedua (2-2-2).

Jing Wen akan beraksi dalam dua acara pada Khamis - acara 400 meter rampaian individu (IM) dan 100 meter gaya bebas.

Perenang Singapura yang lain termasuk Faith Koo (50 meter kuak lentang wanita), Christie Chue (50 meter kuak lentang wanita), Natasha Ong (100 meter gaya bebas wanita), Maximillian Ang (400 meter IM lelaki), Jonathan Tan ( 100 meter gaya bebas lelaki), Darren Chua (100 meter gaya bebas dan 50 meter kuak dada) dan Samuel Khoo (50 meter kuak dada lelaki).  

Sumber : Today/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan