Images
  • quah ting wen
    Quah Ting Wen di Kejohanan Renang Kumpulan Usia Kebangsaan Singapura ke-48 China Life. (Gambar: Leandro Ngo/Singapore Swimming Association)

Perenang Quah Ting Wen catat rekod baru negara dalam acara 50 meter gaya bebas wanita

SINGAPURA: Perenang Quah Ting Wen mencatat rekod baru kebangsaan bagi acara 50 meter gaya bebas wanita di Kejohanan Renang Kumpulan Usia Kebangsaan Singapura ke-48 China Life pada Ahad (19 Mac).

Quah yang pernah pernah menyertai sukan Olimpik sebanyak dua kali, mencatat masa 25.27 saat, iaitu masa lebih pantas berbanding rekod kebangsaan yang sebelum ini dipegang oleh rakan senegara, Amanda Lim, pada 2009.

Quah turut mencatat masa kelayakan "A" bagi Sukan Asia Tenggara (SEA) di Kuala Lumpur yang akan datang.

Perenang 24 tahun itu berkata keputusan cemerlang tersebut memberinya suntikan semangat dan yakin diri.

Lim, yang berada di belakang Quah dalam acara pada Ahad itu, pula mencatat masa 25.50 saat.

- CNA/im

Komen Anda?

Top