Images
  • sahil suhaimi
    Gambar fail Sahil Suhaimi. (Gambar: Ngau Kai Yan)

Penyerang Singa Sahil Suhaimi jalani latihan sebulan dengan Burnley

SINGAPURA: Penyerang pasukan bola sepak negara Sahil Suhaimi akan menyertai pasukan pembangunan Kelab Bola Sepak Burnley untuk berlatih selama sebulan, menurut pasukan Liga Perdana England (EPL) itu dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada malam Jumaat (7 Apr).

Ketua Ehwal Komersil Kelab Bola Sepak Burnley Anthony Fairclough berkata: "Kerjasama ini adalah yang pertama untuk kelab ini dan peluang yang baik bagi kedua-dua pihak. Satu bilion keluarga menonton EPL dan lebih 50 peratus adalah daripada Asia.

"Semasa satu lawatan ke Singapura baru-baru ini, saya dapat melihat bola sepak adalah minat utama dan lebih daripada itu, EPL dan pengalaman bermain bukan sekadar mempertingkatkan profil kelab ini di sana, tetapi juga mengukuhkan lagi hubungan kami."

Beliau menambah: "Kami mengalu-alukan kedatangan Sahil ke kelab ini dan berharap pengalaman beliau di sini akan memanfaatkan kerjayanya dan semoga beliau dapat melihat sendiri aksi EPL dan menilainya daripada perspektif yang berbeza."

Sahil pula berkata: "Saya yakin dengan kebolehan saya dan bersyukur kepada semua yang menjayakan sesi uji bakat ini. Ini mungkin hanya satu sesi uji bakat saja tetapi ia memberi saya kepercayaan diri yang kuat dan saya juga berharap agar ia menjadi satu mesej yang positif kepada para pemain lain yang menantikan peluang mereka, supaya jangan berputus asa."

- CNA/ru

Komen Anda?

Top
>