Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Penerjun udara S'pura Kyra Poh berjaya kekalkan kejuaraan dunia

Selepas meraih kemenangan di Kejuaraan Dunia di Poland tahun lalu, pasukan penerjun udara tertutup Singapura Team Firefly sekali lagi mengecap kejayaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Penerjun udara S'pura Kyra Poh berjaya kekalkan kejuaraan dunia

Kyra Poh dari Singapura beraksi di Kejohanan Dunia 2017. (Gambar: SkyVenture Montreal)

Diterbitkan : 23 Oct 2017 11:50AM Dikemas Kini : 23 Oct 2017 11:55AM

SINGAPURA: Selepas meraih kemenangan di Kejuaraan Dunia di Poland tahun lalu, pasukan penerjun udara tertutup Singapura Team Firefly sekali lagi mengecap kejayaan.

Kyra Poh berjaya mengekalkan kejuaraan peringkat remaja di Piala Dunia Terjun Udara Tertutup Persekutuan Aeronautik Antarabangsa (FAI) di Kanada semalam (22 Okt).

Pelajar yang berusia 15 tahun itu muncul juara setelah meraih 64.1 mata dalam tujuh pusingan, mengalahkan Kayleigh Wittenburg dari Amerika Syarikat dengan kelebihan 0.9 mata.

Buat Poh, prestasi tahun ini merupakan pencapaian yang cemerlang kerana pada Ogos, beliau merangkul empat pingat emas di Kejohanan Terjun Udara Tertutup Australia.

Pada Februari pula, beliau memenangi dua pingat emas di Kejuaraan Permainan Udara di Sepanyol.

SATU LAGI KEMENANGAN DI KANADA

Pelajar Sekolah Seni Singapura (SOTA) itu turut memenangi pingat perak dalam kategori artistik di Kejohanan Dunia 2017, bersama rakan latihannya Choo Yi Xuan.

Mereka merupakan satu-satunya gandingan wanita di kalangan 22 pasukan yang mengambil bahagian dan bertanding dalam kategori terbuka meskipun layak untuk bertanding dalam kategori remaja.

Pencapaian tahun ini merupakan satu peningkatan berbanding tahun lalu di Poland, di mana gandingan itu menduduki tempat keempat dalam acara yang sama.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan