Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pemilihan FAS: Yakob Hashim mahu perjuang kebajikan pemain bola sepak

Pemilihan pucuk pimpinan baru Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) akan diadakan pada 29 April ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Apr 2017 08:43PM Dikemas Kini : 02 Apr 2017 09:52PM

SINGAPURA: Pemilihan pucuk pimpinan baru Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) akan diadakan pada 29 April ini.

Ia bakal menyaksikan pertarungan untuk memenangi hati kelab-kelab yang terlibat dalam liga amatur. Ini adalah kerana kelab-kelab dalam Liga Bola Sepak Negara (NFL) membentuk lebih separuh daripada 44 anggota gabungan yang layak mengundi dalam pemilihan itu.

Salah seorang calon yang bertanding mahu memperjuangkan kebajikan para pemain NFL. Calon itu adalah bekas penjaga gol pasukan kebangsaan, Yakob Hashim. Beliau kini menjadi jurulatih kelab NFL, Yishun Sentek Mariners.

Berusia 57 tahun, Yakob akan bertanding untuk mengisi satu daripada enam kerusi individu. Beliau menjadi sebahagian anggota pasukan yang diterajui mantan Naib Presiden FAS, Lim Kia Tong.

Jika dipilih, Yakob akan melobi bagi kebajikan para pemain, yang menurutnya sudah lama diabaikan.Sebagai contoh, para pemain NFL tidak diberi perlindungan insurans.

Yakob juga mahu NFL dijadikan sebahagian daripada sistem yang membekalkan para pemain ke Liga Prime dan kemudian Liga S. Ini, katanya, akan membanyakkan lagi jumlah pemain berbakat untuk dipilih menyertai pasukan kebangsaan.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan