Images

Pemenang pingat emas maraton Olimpik Rio diuji positif guna bahan terlarang

RIO DE JANEIRO: Juara pingat emas Olimpik Rio dalam acara maraton, diuji positif menggunakan bahan terlarang.

Jemima Sumgong yang menjadi wanita Kenya pertama merangkul pingat emas Olimpik dalam acara maraton, menjalani ujian tersebut di luar masa pertandingan.

Jika contoh B Sumgong juga diuji positif, dia akan diharamkan daripada bertanding dalam acara sukan itu.

Tiga tahun lalu, bekas rakan latihannya, Rita Jeptoo sudahpun diharamkan bertanding selepas diuji positif dadah.

- CNA/im

Komen Anda?

Top
>