Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pembangkang veteran Chiam See Tong tubuhkan yayasan sukan bagi kanak-kanak

Tokoh pembangkang, Encik Chiam See Tong menubuhkan satu yayasan bagi menyediakan kanak-kanak dan para belia yang kurang bernasib baik akses kepada kegiatan sukan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pembangkang veteran Chiam See Tong tubuhkan yayasan sukan bagi kanak-kanak

Pembangkang veteran Chiam See Tong. (Gambar: Elizabeth Goh)

Diterbitkan : 09 Mar 2017 11:07PM Dikemas Kini : 09 Mar 2017 11:08PM

SINGAPURA: Tokoh pembangkang, Encik Chiam See Tong menubuhkan satu yayasan bagi menyediakan kanak-kanak dan para belia yang kurang bernasib baik akses kepada kegiatan sukan.

Yayasan Sukan Chiam See Tong, yang bakal dimanfaatkan sekurang-kurangnya 100 kanak-kanak pada tahun pertamanya, dirasmikan hari ini (9 Mac) di Dewan Bangunan Lama Parlimen.

Objektif-objektif yayasan itu termasuk membangunkan program sukan bagi kanak-kanak dan para belia yang kurang bernasib baik dan akan menambah kepada inisiatif-inisiatif negara, menurut yayasan itu dalam satu kenyataan media.

Encik Chiam yang berusia 81 tahun, dan juga Setiausaha Agung Parti Rakyat Singapura (SPP), berkata: "Anak-anak kita adalah masa depan kita, dan kita mesti memberikan banyak peluang yang boleh, supaya mereka dapat mencari jalan untuk menjadi rakyat Singapura yang berjaya dan patriotik."

Yayasan itu akan dipengerusikan bekas perenang negara Ang Peng Siong dan dipengerusikan bersama Naib Presiden Persatuan Renang Singapura Jose Raymond.

Pelari pecut negara U K Shyam, yang memegang rekod negara bagi acara 100m, dan anak perempuan Encik Chiam, Camilia Chiam akan berkhidmat sebagai pengarah bagi lembaga yayasan itu. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan