Images
  • kimi raikonnen
    (Gambar: Kimi Raikkonen/ Facebook)

Pemandu Ferrari Kimi Raikkonen catat masa terpantas pada hari terakhir di Sepanyol

BARCELONA: Pemandu Ferrari Kimi Raikkonen mencatat masa terpantas pada hari terakhir ujian di Circuit De Catalunya.

Rakan sepasukannya, Sebastian Vettel mencatat masa yang paling cepat pada hari Khamis. Beliau mencatat masa 1 minit 19.438 saat.

Sebelum itu, pemandu Mercedes, Valtteri Bottas mencatat masa paling cepat pada hari Rabu manakala masa terpantas bagi tempat kelima dicatat Lewis Hamilton pada Jumaat.

Tanda-tanda awal dari ujian menunjukkan bahawa Mercedes, Ferrari dan Red Bull akan kekal bersaing sengit.

Musim tahun ini akan bermula di Australia pada 26 Mac. 

- CNA/im

Komen Anda?

Top