Images
  • Rugby Sg France

Pemain ragbi S'pura mungkin ada peluang beraksi di Perancis

SINGAPURA: Pemain ragbi Singapura mungkin berpeluang bermain di Perancis.

Jurulatih dari Perancis pula boleh datang ke sini untuk melatih pasukan kebangsaan.

Ini mungkin jadi kenyataan setelah persekutuan ragbi dari kedua-dua negara menandatangani Memorandum Persefaham di hotel Pan Pacific Jumaat lalu.

Di bawah perjanjian itu, Perancis akan menyediakan kepakaran teknikal, latihan dan peluang bermain di Perancis bagi para pemain Singapura.

Singapura pula akan menyokong Perancis dalam usahanya menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia Ragbi pada 2023. 

- CNA/nk

Komen Anda?

Top