Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pemain bola sepak Olimpik M'sia era 70an, Wan Zawawi meninggal dunia

 Mantan pemain bola sepak pasukan kebangsaan Malaysia era 1970an, Wan Zawawi Wan Yusof, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan pagi tadi (18 Nov) akibat pendarahan dalam perut.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemain bola sepak Olimpik M'sia era 70an, Wan Zawawi meninggal dunia

Pasukan bola sepak Malaysia era 1970an. (Gambar: semuanyabola.com)

Diterbitkan : 18 Nov 2017 04:53PM Dikemas Kini : 18 Nov 2017 05:01PM

KUANTAN: Mantan pemain bola sepak pasukan kebangsaan Malaysia era 1970an, Wan Zawawi Wan Yusof, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan pagi tadi (18 Nov) akibat pendarahan dalam perut.

Balunya, Wan Jauhariah Wan Hamat, 57 tahun berkata bahawa arwah suaminya yang berusia 68 tahun meninggal dunia pada 2.30 pagi selepas dimasukkan ke hospital pada 6.00 petang semalam (17 Nov).

“Saya bersama suami yang tinggal di Kota Bharu datang ke Kuantan sejak Selasa lalu untuk menziarahi anak perempuan saya di sini sebelum arwah mengadu sakit perut pada hari Rabu (15 Nov).

“Saya cuba pujuk beliau untuk pergi membuat pemeriksaan di hospital tetapi beliau tiidak mahu dan semalam beliau ada mengadu lagi sakit perut. Kami kemudian membawanya ke hospital pada 6.00 petang sebelum meninggal dunia awal pagi tadi,” katanya.

Allahyarham meninggalkan enam anak dan jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tuan Beserah pada 11.00 pagi tadi.

Wan Zawawi yang bermain di bahagian tengah pernah mewakili negara di Sukan Olimpik 1972 serta beberapa kejohanan antarabangsa lain termasuk Kejohanan Bola Sepak Belia-Belia Asia (1968), Sukan SEAP (1971, 1973 dan 1975); dan Sukan Asia (Bangkok 1970 dan Tehran 1974).

Anak kelahiran Penambang di Kota Bharu itu memulakan kerjayanya dalam bola sepak dengan mewakili Kelantan dari 1966 hingga 1968 sebelum berhijrah ke Kelab Jabatan Penjara (1968-1970) dan mengakhiri kerjaya bola sepaknya dengan pasukan Pahang (1973 -1983).

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan