Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Peluang Argentina ke pusingan akhir Piala Dunia kini tipis

Peluang pasukan handal Argentina untuk ke pusingan akhir di Rusia tahun depan amat tipis seperti telur di hujung tanduk.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Oct 2017 07:22PM Dikemas Kini : 06 Oct 2017 11:55PM

LIMA, PERU: Peluang pasukan handal Argentina untuk ke pusingan akhir di Rusia tahun depan amat tipis seperti telur di hujung tanduk.

Argentina berada dalam kedudukan sulit itu setelah hanya mampu seri tanpa jaringan semasa bertemu Peru.

Ini bermakna Argentina kini berada di tempat kelima dalam pusingan kelayakan zon Amerika Selatan dengan tinggal satu lagi perlawanan.

Empat kumpulan teratas layak secara automatik untuk ke Rusia.

Meskipun setakat seri, keputusan perlawanan menentang Argentina itu amat menggembirakan para penyokong Peru.

Ini tidak menghairankan kerana pasukan mereka kini di tangga keempat dan Peru akan menjadi tuan rumah dalam perlawanan terakhirnya menentang menentang Colombia pada Selasa ini (10 Okt).

Bagi Argentina pula jika pada akhirnya kelak ia memang gagal ke Rusia tahun depan, ia adalah kali pertama sejak tahun 1970.

Argentina akan menentang bertanding ke Quito bagi perlawanan terakhirnya menentang Ecuador.

Dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini di Quito, pasukan Argentina tidak begitu selesa bermain di bandar itu yang terletak lebih 2,800 meter di atas permukaan laut.

Sumber : BERITA Mediacorp/MA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan