Images
  • schippers
    Pelari pecut Dafne Schippers mempertahankan kejuaraan dunia beliau dalam acara 200 meter. (Gambar: AP/Matthias Schrader)

Pelari pecut Dafne Schippers pertahankan kejuaraan dunia dalam acara 200 meter wanita

LONDON: Pelari pecut Dafne Schippers dari Belanda berjaya mempertahankan kejuaraan dalam acara pecut wanita 200 meter di Sukan Kejohanan Atletik IAAF di London.

Dengan pengunduran juara Olimpik Elaine Thompson dan pemenang pingat emas 100 meter, Tori Bowie, Schippers menjadi pilihan utama.

Namun ia bukan semudah yang dijangkakan.

Schippers perlu mengatasi persaingan dari atlit Ivory, Marie-Josee Ta Lou, untuk mencecah garisan penamat dahulu dengan masa 22.05 saat.

Shaunae Miller-Uibo dari Bahamas menduduki tempat ketiga.

- BERITAMediacorp/AA/ru

Komen Anda?

Top