Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pelari maraton Mok Ying Ren catat masa peribadi terbaik, layak bertanding dalam Sukan SEA

Pelumba jarak jauh kebangsaan Mok Ying Ren melayakkan diri ke Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, setelah beliau mencatat masa peribadi terbaik di Maraton Antarabangsa Seoul hari ini (19 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelari maraton Mok Ying Ren catat masa peribadi terbaik, layak bertanding dalam Sukan SEA

(Gambar: Facebook/Mok Ying Ren)

Diterbitkan : 19 Mar 2017 10:54PM Dikemas Kini : 19 Mar 2017 10:56PM

SINGAPURA: Pelumba jarak jauh kebangsaan Mok Ying Ren melayakkan diri ke Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, setelah beliau mencatat masa peribadi terbaik di Maraton Antarabangsa Seoul hari ini (19 Mac).

Mok mencatat masa 2:26:07 di Seoul, lebih 10 minit lebih pantas berbanding masa kelayakan iaitu 2:37:10.

Mok mengumumkan keputusan tersebut dalam catatan Facebook selepas acara tersebut.

Mok memenangi emas maraton lelaki yang pertama Singapura sewaktu Sukan SEA 2013 di Myanmar dengan masa 2:28:36, tetapi kecederaan di tulang kering menghambatnya daripada terus menjulang kejuaraan di Singapura dua tahun kemudian.

Kejuaraan pada 2015 itu dimenangi oleh Soh Rui Yong, juga atlit Singapura, dengan masa 2:34:56. Soh mencatat masa 2:24:55 di Maraton Chicago pada Oktober 2016.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan