Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Patung "hodoh" Cristiano Ronaldo jadi bahan senda di media sosial

Apabila pulau Madeira menamakan semula lapangan terbangnya sempena Cristiano Ronaldo, semua perhatian sepatutnya ditumpukan kepada pemain handalan itu yang berasal dari pulau tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Mar 2017 12:51PM Dikemas Kini : 31 Mar 2017 02:35AM

FUNCHAL: Apabila pulau Madeira menamakan semula lapangan terbangnya sempena Cristiano Ronaldo, semua perhatian sepatutnya ditumpukan kepada pemain handalan itu yang berasal dari pulau tersebut.

Namun perhatian sebaliknya ditumpukan pula kepada patung gangsa Ronaldo, yang kelihatan jauh berbeza daripada wajahnya sendiri yang kacak dan ramai peminat wanita itu.

Bahkan patung Ronaldo tersebut, yang disifatkan sebagai "hodoh" dan kelihatan tersengih hingga menunjukkan giginya dengan kedua-dua matanya terjojol, menjadi bahan persendaan di media sosial.

"Saya cabar anda tidak geli hati melihat gambar Cristiano Ronaldo bersebelahan patung portretnya ini," tulis seorang pengguna Twitter, Tom Sutcliffe (@tds153).

"Patung Ronaldo yang hodoh ini akan menjadi meme dalam masa 5,4,3 saat..." tulis @Agave310 pula.

Seorang lagi pengguna Twitter pula menyifatkan patung itu sebagai "patung paling buruk Ronaldo."

Cristiano Ronaldo berdiri sebelah patungnya di lapangan terbang Madeira. (Gambar: FRANCISCO LEONG / AFP)

Cristiano Ronaldo berdiri sebelah patungnya di lapangan terbang Madeira. (Gambar: FRANCISCO LEONG / AFP)

Teman wanita pemain Real Madrid berusia 32 tahun itu, Georgina Rodriguez, dan ibunya, Maria, turut menghadiri majlis penamaan semula lapangan terbang Aeroporto de Madeira di Portugal, yang kini dikenali sebagai Lapangan Terbang Cristiano Ronaldo.

Sebuah lagi patung, yang juga dibina di kampung halaman Ronaldo, juga dipersendakan kerana turut kelihatan begitu berbeza daripada pemain bola sepak itu sendiri.

"Bagi seorang lelaki yang begitu kacak, Ronaldo tidak begitu bertuah dengan pembuat-pembuat patung," tulis pengguna Twitter Tom Williams (@tomwfootball).

Sumber : Reuters/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan