Images
  • suhaila
    Pesilat negara Nurul Suhaila Mohd Saiful. (Gambar: Laman Persatuan Silat Singapura)

Pasukan silat negara manfaatkan inovasi, sains kesukanan bagi persiapan Sukan SEA

SINGAPURA: Menjelang Sukan SEA di Kuala Lumpur pada Ogos ini, pasukan silat negara semakin giat membuat persiapan, termasuk memanfaatkan inovasi dan sains kesukanan.

Satu lagi usaha yang diharap dapat memacu prestasi pasukan silat wanitanya adalah berlatih berlawan dengan pasangan berlatih lelaki.

KENALI NURUL SUHAILA MOHD SAIFUL

Pasangan lawannya untuk berlatih adalah seorang lelaki, dan yang tidak beri muka hanya kerana beliau seorang wanita.

Itu juga yang disenangi pesilat negara, Nurul Suhaila Mohd Saiful.

Malahan mempunyai pasangan lawan yang lebih kuat, lebih tangkas dan lebih berat daripadanya menjadi pendorong kepada Suhaila untuk menjadi lebih baik.

"Kita telah membuat banyak inovasi dan kreativiti untuk membantu atlit-atlit wanita kita, yang mana dia akan – persamaan dengan pesilat-pesilat lelaki kita - tidak ada kurangnya."

"Cuma perbezaannya, kita ada pembantu pesilat iaitu rakan berlawan bahagian lelaki yang berlatih berlawan dengan pesilat wanita kita," kata CEO Persatuan Silat Singapura Sheikh Alau'ddin Yacoob Marican.

PERSAHABATAN TERJALIN DENGAN LATIHAN BERSAMA

Berlatih bersama juga membantu membina persahabatan antara para pesilat wanita dan lelaki - sesuatu yang penting sewaktu bertanding.

"Saya bukan hanya ingin mencapai pingat emas di Sukan SEA tahun 2017, tetapi saya juga mahu menjadi juara di Pertandingan Silat Dunia, Sukan Asia dan Sukan SEA yang akan datang," kata Nurul Suhaila.

"Persiapan untuk Sukan SEA kali ini – kami sedang berlatih dua kali satu hari, dan pada petang dan malam. Petang adalah kami mempersiapkan keafiatan kami dan untuk malam adalah pergerakan kami.

"Dengan itu, adalah untuk membantu kami – membantu saya untuk lebih mempertingkatkan pergerakan dan juga keafiatan saya," kata seorang lagi pesilat negara Nurzuhairah Mohd Yazid.

Kumpulan silat negara juga mempunyai satu lagi senjata, yakni sains kesukanan.

Mereka bekerjasama dengan Institut Sukan Singapura dalam bidang-bidang seperti biomekanik dan nutrisi. 

- BERITAMediacorp/ru

Komen Anda?

Top