Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pasukan S'pura dikalahkan oleh Myanmar di pertandingan kelayakan AFC bawah-23

Mereka berlepas ke Myanmar pada hari Isnin (17 Jul) untuk mencipta sejarah, tetapi harapan Young Lion untuk melayakkan pasukan mereka ke pertandingan Asian Football Confederation (AFC) bawah 23 tahun menjadi malap hari ini selepas mengalami kekalahan 0-2 oleh pasukan tuan rumah.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan S'pura dikalahkan oleh Myanmar di pertandingan kelayakan AFC bawah-23

Para pemain pasukan Singapura di pertandingan kelayakan AFC bawah-23. (Gambar: FAS)

Diterbitkan : 20 Jul 2017 11:25PM Dikemas Kini : 20 Jul 2017 11:28PM

SINGAPURA: Mereka berlepas ke Myanmar pada hari Isnin (17 Jul) untuk mencipta sejarah, tetapi harapan Young Lion untuk melayakkan pasukan mereka ke pertandingan Asian Football Confederation (AFC) bawah 23 tahun menjadi malap hari ini selepas mengalami kekalahan 0-2 oleh pasukan tuan rumah.

Dalam pertandingan sengit itu yang menyaksikan kedua-dua pasukan mengakhiri pertandingannya dengan 10 pemain, dan Myanmar merampas semua tiga mata di Stadium Thuwanna di Yangon di pertandingan kelayakan Kumpulan F.

Pemain penyerang bintang Myanmar Aung Thu menjaring gol yang pertama sebelum Hlaing Bo Bo melakukan jaringan gol kedua, sekaligus menjadikan harapan pasukan Young Lions lebih rumit melayakkan pasukannya itu ke peringkat akhir 2018 di China.

Disorak oleh para penyokongnya, Myanmar yang bermain dengan lima pemain pemula dari pasukan itu dapat melayakkan diri mereka di Piala Dunia Fifa U20 dua tahun lalu, mempunyai peluang yang lebih baik.

Pemain simpanan pasukan Singapura Zharfan Rohaizad bangkit beraksi pada minit kesembilan bagi menentang serangan Aung Thu, selepas pemain 21 tahun itu menggelecek dua pemain Singapura.

Pemain penyerang Aung Kaung Mann juga membazirkan peluang terbaik dalam separuh masa pertama, apabila dia gagal menewaskan Zharfan.

Kedua-dua pasukan bertarung sengit pada separuh pertama pertandingan yang membuatkan pasukan Young Lions kecewa akibat kecederaan pada Ilyas Lee dan Muhaimin Suhaimi selepas bertempur dengan pemain lawan.

Meskipun pengadil Qatar Mohamed K A Al-Kuwari hanya memberikan amaran kepada pasukan Myanmar pada masa itu, beliau tidak teragak-agak untuk memberikan kad merah kepada Zharfan apabila beliau menolak Kaung Mann.

Kaung Mann juga menerima kad kuning buat kali kedua, dengan dua-dua pasukan hanya mempunyai 10 pemain. 

Ikhsan Fandi merupakan bintang Singapura pada malam itu. Beliau cuba menjaringkan gol, menguji kehebatan penjaga gol Phone Thitsar Min dua kali tetapi tidak memasuki jaringan gol.

Singapura akan berdepan dengan pasukan Australia - yang mengalahkan Brunei 2-0 di pertandingan kumpulan yang lain - pada hari Jumaat, sebelum mengakhiri kempennya bertanding dengan Brunei pada Ahad.

Hanya 10 pemenang daripada kumpulan dan lima pasukan terbaik kedua akan layak bertanding ke peringkat akhir di China. 

Sumber : Today/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan