Images
  • sidney kumar rugby
    Pemain ragbi negara Sidney Kumar.

Pasukan ragbi S'pura sasar pingat emas di Sukan SEA KL

SINGAPURA: Pasukan Singapura yang menjuarai pertandingan Ragbi Sevens Asia Tenggara, bulan lalu, mahu membuktikan keunggulannya dalam Sukan SEA, Ogos nanti.

Semasa menjadi tuan rumah Sukan SEA pada 2015, Singapura menang pingat gangsa.

Tetapi pasukan ragbi Singapura percaya mereka boleh meraih emas di Kuala Lumpur, tahun ini.

Sebagai persiapan, pasukan ragbi Singapura akan menyertai kem latihan di Brisbane.

Dan skuad 18 anggotanya akan dikurangkan kepada 12 menjelang Julai nanti.

- BERITAMediacorp/ru

Komen Anda?

Top