Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pasukan boling wanita negara sasar 'tebus kekecewaan' di Sukan SEA 2017

Sasaran mereka adalah untuk meraih keputusan yang sama atau lebih baik berbanding dua tahun lalu - iaitu empat pingat emas, lima perak dan satu gangsa. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Aug 2017 07:46PM Dikemas Kini : 13 Aug 2017 09:33PM

SINGAPURA: Selepas dikalahkan di "gelanggang sendiri" dua tahun lalu, pasukan boling wanita negara menyimpan hasrat untuk menumpaskan Malaysia di Kuala Lumpur apabila Sukan SEA bermula dalam masa seminggu lagi.

Menurut pemain boling negara, Jazreel Tan, pasukannya mengambil masa yang agak lama untuk menghapuskan rasa kecewa atas kekalahan itu.

Namun pengalaman itu juga telah membuka mata mereka untuk mempelajari di mana kekuatan dan kekurangan mereka.

Lebih dari itu, pasukan wanita negara juga sedar tentang perlunya melakukan persiapan mental serta cara menangani keadaan di luar kawalan mereka.

Kesemuanya, 12 pemain boling negara - enam wanita dan enam lelaki - akan bertanding dalam kesemua 11 acara di Kuala Lumpur.

Sasaran mereka adalah untuk meraih keputusan yang sama atau lebih baik berbanding dua tahun lalu - iaitu empat pingat emas, lima perak dan satu gangsa.  

Sumber : BERITA Mediacorp/NT/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan