Images
  • jdt ola
    Telefon bijak rasmi pasukan Johor Darul Ta'zim. (Gambar: Facebook/JOHOR Southern Tigers)

Pasukan bola sepak M'sia JDT lancarkan telefon bijak rasmi

KUALA LUMPUR: Pasukan gergasi bola sepak Malaysia Johor Darul Ta'zim (JDT) mengorak langkah dalam bidang elektronik apabila menjadi pasukan bola sepak pertama di negara itu yang melancarkan telefon bijak rasmi khusus buat para penyokongnya.

Berita Harian Online Malaysia (BHM) menukil kenyataan di laman JDT sebagai menyatakan, telefon bijak rasmi berjenama OLA itu dilancarkan sebagai pengiktirafan kepada lebih 1.5 juta penyokong pasukan yang digelar Harimau Selatan itu kerana kerap ke platform media sosial dan digital kelab berkenaan dengan menggunakan peralatan mudah alih.

Telefon bijak tersebut dikeluarkan dalam dua pilihan warna iaitu OLA JDT FC Black Matte Edisi Khas serta OLA JDT FC White Rose Gold Edisi Khas.

BHM menambah dalam laporannya bahawa OLA turut mempunyai penyepaduan sepenuhnya dan akses terus ke platform digital rasmi Johor Southern Tigers dan membolehkan penyokong untuk memilih gambar latar telefon bijak itu bertemakan pasukan JDT yang direka khas dan akan dimuat naik dari semasa ke semasa.

OLA turut menampilkan maklumat perisian di udara yang akan digunakan untuk mengemas kini atau memberi maklumat berhubung Aplikasi Rasmi Kelab Bola Sepak JDT pada masa akan datang serta cara berfungsi tanpa wayar dan automatik, menurut laporan BHM. 

- Agensi berita/ru

Komen Anda?

Top
>