Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Nurul Baizura, Nur Aqilah akan pastikan S'pura kekal jaguh bola jaring Asia Tenggara

Hampir separuh daripada pasukan bola jaring Singapura yang akan mewakili negara di Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur adalah pemain baru.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Hampir separuh daripada pasukan bola jaring Singapura yang akan mewakili negara di Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur adalah pemain baru.

Hanya lima pemain saja yang dikekalkan daripada pasukan yang menjulang pingat emas Sukan SEA semasa ia diadakan di Singapura pada 2015.

Dengan itu, timbul pula tanda tanya sama ada pasukan muda ini mampu mengulangi kemenangan bersejarah ke atas Malaysia dua tahun lalu.

Mampukah pasukan negara mempertahankan kejuaraannya daripada dirampas oleh tuan rumah Malaysia yang dijangka akan memberikan persaingan sengit?

Wartawan BERITAMediacorp meninjau.

BAIZURA SUDAH 88 KALI WAKILI NEGARA

Nurul Baizura Abdul Razak, 27 tahun, adalah salah seorang pemain yang meraih pingat emas semasa Sukan SEA diadakan di sini dua tahun lalu.

Lebih membanggakan lagi, guru Sekolah Autisme St. Andrew's ini bukan saja merupakan satu-satunya anak Melayu dalam pasukan negara, beliau juga merupakan naib kapten pasukan.

Baizura yang sudah 88 kali mewakili negara di pelbagai kejohanan antarabangsa akan memanfaatkan pengalamannya yang luas untuk membimbing para pemain muda.

"Sebagai pemain yang berpengalaman, saya akan cuba memberikan sokongan dan tunjuk ajar kepada para pemain baru agar mereka lebih bersemangat dan bermotivasi untuk terus bekerja keras," kata Cik Baizura.

AQILAH "BERANI MENCUBA, AMBIL RISIKO"

Selain Baizura, seorang lagi anak Melayu dalam pasukan negara kali ini ialah
Nur Aqilah Andin, 21 tahun.

Walaupun hanya diserapkan ke dalam pasukan negara sejak Mei tahun ini, Aqilah pernah memenangi pingat emas Kojahanan Bola Jaring Belia Asia tahun lalu.

"Sebagai pemain yang muda dan baru dalam pasukan ini, saya menambah nilai kerana saya berani mencuba dan mengambil risiko," Cik Aqilah memberitahu BERITAMediacorp.

Bekas pemain negara yang kini menggalas tugas sebagai penolong jurulatih, Noraida Abdul Malik, yakin penyertaan dalam kejohanan antarabangsa akan membantu persiapan pasukan negara

"Dalam beberapa minggu ini juga kami akan ke Auckland, New Zealand untuk bermain dalam lebih banyak permainan persahabatan.kami harapkan dapat buat yang terbaik dan Insya-Allah akan dapat bawa pulang juara atau piala pingat emas negara," menurut Cik Noraida.

Selain Singapura, Brunei, Filipina, Malaysia dan Thailand akan bertanding dalam Kejohanan Bola Jaring Sukan SEA di Kompleks Sukan Bukit Kiara pada bulan depan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan