Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Neymar pemain bola sepak termahal dunia pada harga S$356 juta

Neymar menyertai PSG dengan gaji kira-kira AS$53 juta (S$72 juta) setahun atau sekitar AS$1 juta (S$1.4 juta) seminggu.  

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Aug 2017 09:30PM Dikemas Kini : 04 Aug 2017 10:57PM

PERANCIS: Bintang kelab Barcelona, Neymar secara rasmi berpindah ke kelab Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) dengan bayaran tertinggi.

Kelab Sepanyol itu mengesahkan PSG membayar yuran pemindahan Neymar sebanyak AS$263 juta (S$356 juta).

PSG mengumumkan pemindahan Neymar di laman internet kelab tersebut.

Neymar menyertai PSG dengan gaji kira-kira AS$53 juta (S$72 juta) setahun atau sekitar AS$1 juta (S$1.4 juta) seminggu.

Satu sidang berita akan secara rasmi mengumumkan Neymar sebagai pemain baru PSG, lewat malam ini (4 Ogos).

Yuran pemindahan pemain berusia 25 tahun dari Brazil itu adalah lebih dua kali ganda rekod yang pernah dipegang pemain Manchester United, Paul Pogba untuk berpindah dari Juventus.

'SAYA SAYANGKAN KAMU'

Pemindahan Neymar ke kelab Perancis itu juga membuat bekas rakan sepasukannya Lionel Messi mengucapkan selamat tinggal melalui akaun Instagramnya.

"Saya berbesar hati dapat bermain bersama anda, rakan saya @neymarjr," tulis Messi di dalam akaunnya di samping beberapa gambar mereka berdua bergembira.

"Saya doakan anda berjaya di peringkat seterusnya dalam hidup anda. Jumpa anda lagi tkm," tambah beliau.

Dipercayai 'tkm' bermaksud 'te quiero Mucho' (saya sangat sayangkan anda).

"Terima kasih sahabat. Saya akan merindui anda," balas Neymar melalui Instagram. 

Sumber : BERITA Mediacorp/AFP/AA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan