Images
  • redbull sky  race
    Kapal terbang pemenang. (Gambar: ATTILA KISBENEDEK/AFP)

Muroya juarai Kejohanan Dunia Perlumbaan Udara Red Bull

INDIANAPOLIS: Yoshihide Muroya dari Jepun muncul juara dalam Kejohanan Dunia Perlumbaan Udara Red Bull musim ini.

Muroya, 44 tahun berada di tempat kedua dalam senarai keseluruhan kelas Master Kelas, empat mata di belakang Martin Sonka dari Republik Czech.

Muroya mencatat masa 1 minit 3.036 saat pada peringkat akhir dengan meraih 74 mata.

Sonka ketinggalan dengan 70 mata.

Juara 2016 Matthias Dolderer dari Jerman menduduki tempat kedua dengan masa 1 minit 5.546 saat dan peserta Sepanyol, Juan Velarde di tempat ketiga.
 

- CNA/UR/sm

Komen Anda?

Top