Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Muhammad Ridhwan “The Chosen Wan” menang kejuaraan IBO; pertahan rekod tanpa kalah

 Petinju Singapura Muhammad Ridhwan, “The Chosen Wan” yang belum ditewaskan, melanjutkan rekod kemenangannya kepada 9-0 setelah menewaskan Nataneal Sebatian dari Namibia untuk memenangi kejuaraan kelas feather (58.97 kilogram) Pertubuhan Tinju Antarabangsa (IBO).

Anggaran Waktu Membaca:
Muhammad Ridhwan “The Chosen Wan” menang kejuaraan IBO; pertahan rekod tanpa kalah

Muhammad Ridhwan dalam pertarungan menentang Nataneal Sebastian dari Namibia dalam acara utama Roar of Singapore III. (Gambar: Noor Farhan)

Diterbitkan : 21 Oct 2017 08:14AM Dikemas Kini : 21 Oct 2017 08:19AM

SINGAPURA: Petinju Singapura Muhammad Ridhwan, “The Chosen Wan” yang belum ditewaskan, melanjutkan rekod kemenangannya kepada 9-0 setelah menewaskan Nataneal Sebatian dari Namibia untuk memenangi kejuaraan kelas feather (58.97 kilogram) Pertubuhan Tinju Antarabangsa (IBO).

Petinju 29 tahun yang menjadi pilihan ramai untuk memenangi pertarungan itu berjaya meraihnya setelah 12 pusingan dalam acara utama Roar of Singapore III di Pusat Konvensyen Suntec semalam (20 Okt).

Sebastian menggantikan Koos Sibuya dari Afrika Selatan pada saat-saat akhir yang mengundurkan diri disebabkan kecederaan pada September lalu.

Ini merupakan kejuaraan kedua bagi Ridhwan di bawah penganjur Ringstar Promotions.

Mei lalu, pemenang pingat gangsa Sukan SEA sebanyak tiga kali itu menewaskan johan Tanzania Persatuan Tinju Antarabangsa (WBA) Fadhili Majiha secara KO setelah empat pusingan, untuk menjuarai Pertubuhan Tinju Antarabangsa (UBO) bagi kelas super featherweight. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan