Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Muhammad Danial 13 tahun bakal jalani latihan bola sepak Albirex di Jepun

Pasukan Liga S Albirex Niigata akan menghantar dua pelajar sekolah menengah bagi sesi latihan selama seminggu dengan kelab utamanya di Jepun.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Aug 2017 09:53AM Dikemas Kini : 03 Sep 2017 11:00PM

SINGAPURA: Pasukan Liga S Albirex Niigata akan menghantar dua pelajar sekolah menengah bagi sesi latihan selama seminggu dengan kelab utamanya di Jepun.

Pelajar Sekolah Menengah Swiss Cottage Muhammad Danial Mohammad Feroz dan Tan Yu Hen dari Sekolah Menengah Hong Kah, kedua-duanya 13 tahun, dipilih dari Akademi Bola Sepak Albirex Yuhua (YAFA) bagi latihan tersebut atas "komitmen dan potensi cemerlang" mereka, menurut kenyataan media oleh juara bertahan Liga S itu.

Danial dan Yu Hen akan menjalani latihan selama seminggu di Sekolah Bola Sepak Albirex Niigata bersama skuad bawah 12 tahun dan skuad belia.

Mereka juga bakal menyertai beberapa kegiatan kebudayaan lain seperti pesta musim panas Jepun.

Kedua-dua mereka turut berpeluang menonton perlawanan rasmi Liga J antara Albirex Niigata dan Sanfrecce Hiroshima.

Akademi Bola Sepak Albirex Yuhua ditubuhkan pada tahun 2014 bagi menyediakan latihan bola sepak kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 14 tahun di Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Yuhua.

Program tersebut sudahpun memberi manfaat kepada sekitar 600 kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Sumber : Today/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan