Images
  • Mohamed Irwan

Mohamad Irwan antara 4 atlit menembak S'pura buat penampilan sulung di Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur

SINGAPURA: Empat atlit acara menembak Singapura akan membuat penampilan sulung dalam kejohanan Sukan SEA di Kuala Lumpur bulan depan.

Ia juga merupakan kali pertama Lim Yee Xian, Sng Jian Hui, Phaedra Tan dan Mohamad Irwan mewakili Singapura dalam sesuatu kejohanan besar.

Mohamad Irwan, 18 tahun, adalah pemegang rekod nasional acara menembak senapang angin jarak 10 meter lelaki.

Pelajar Politeknik Republic ini mencatat rekod itu di Kejohanan Piala Dunia di Munich tahun ini.

Namun, Irwan masih belum memenangi pingat di peringkat antarabangsa dan dia berharap dapat mengubah keadaan itu di Sukan SEA Kuala Lumpur.

Phaedra Tan pula agak terkejut apabila dia dipilih untuk ke Sukan SEA bulan depan kerana dia baru menyertai pasukan belia nasional tahun lepas.

Phaedar akan bertanding dalam acara pistol angin jarak 10 meter.

Secara keseluruhannya Singapura akan menghantar 17 alit menembak bagi kejohanan itu. 

- CNA/nk

Komen Anda?

Top