Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Mohamad Ashree harumkan nama S'pura; antara juara WBFF 2017

Seorang peserta Melayu berjaya mengharumkan nama negara setelah memenangi Kategori Transformasi dalam Kejohanan Asia bagi Kecantikan, Kecergasan dan Fesyen Dunia (WBFF).

Anggaran Waktu Membaca:
Mohamad Ashree harumkan nama S'pura; antara juara WBFF 2017

Mohamad Ashree (kanan) memenangi kategori Transformasi di Kejohanan Asia bagi Kecantikan, Kecergasan dan Fesyen Dunia (WBFF). (Gambar: Vibes Communications)

SINGAPURA: Seorang peserta Melayu berjaya mengharumkan nama negara setelah memenangi Kategori Transformasi dalam Kejohanan Asia bagi Kecantikan, Kecergasan dan Fesyen Dunia (WBFF).

Pertandingan yang julung-julung kali diadakan di Asia Tenggara itu, turut menyaksikan 100 peserta dari 14 negara, yang bertanding bagi merebut gelaran juara dalam tujuh kategori berasingan.

Berlangsung di Ekspo dan Pusat Konvensyen Marina Bay Sands, WBFF turut mengumumkan pemenang-pemenangnya pada Ahad lalu (30 Apr).

Mohamad Ashree memberitahu BERITAMediacorp: "Saya rasa terkejut! Kemenangan ini tidak dijangka sama sekali. Saya juga rasa gembira dan bersyukur kerana usaha saya tidak sia-sia."

Penyakit polio yang dialaminya menjejas keupayaan Ashree untuk berjalan dengan sempurna.

Malah, beliau membesar dengan tahap keyakinan yang rendah sehingga terlibat dengan kegiatan dadah yang menyebabkannya keluar masuk penjara.

Dengan tekad yang kuat untuk mengharungi rintangan hidup, beliau kini berjaya membuktikan kepada dirinya dan masyarakat bahawa tiada wujud istilah "terlambat".

Kategori Transformasi, yang disertai Ashree, turut memaparkan perubahan yang dilalui peserta, dari tempoh tiga bulan hingga empat tahun lalu.

Bagaimanapun, Ashree berkongsi dengan BERITAMediacorp bahawa beliau masih berdepan dengan cabaran pada hari beliau bertanding.

"Dalam pusingan pertama, saya keliru dan terlupa untuk 'pose'. Akibatnya, saya tidak dapat mempamerkan diri saya dengan teliti di hadapan para pengadil.

"Pada pusingan kedua (evening wear), saya amat bimbang tersandung kerana saya tidak biasa memakai kasut formal (sharp toe shoes)," katanya, sambil mengimbas kembali pengalamannya.

Yang jelas, kemenangannya ini membantu meningkatkan lagi keyakinan dirinya, selain membuka peluang-peluang baru bagi dirinya.

(Gambar-gambar: Vibes Communications)

"Saya mungkin akan memasuki pertandingan 'physique' yang lain. Saya juga berharap dapat menolong dan melatih sesiapa yang memerlukan pertolongan.

"Dengan kemenangan ini, saya harap dapat menggalak masyarakat kita untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat walaupun apa jua cabaran yang mereka hadapi," katanya kepada BERITAMediacorp.

Tujuh peserta dari Korea Selatan, India, Jepun dan Lithuania turut dianugerahi status kad PRO berprestij pada peringkat akhir pertandingan, di mana mereka juga akan dinamakan sebagai duta bagi acara rasmi WBFF.

WBFF di Singapura turut mempertandingkan enam kategori lain - termasuk Model Otot Lelaki, Model Kecergasan Lelaki, Model Kecergasan Diva, dan Model Komersil.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan