Images
  • amir khan
    Amir Khan dari Singapura (kanan) mengalahkan Jaroslav Jartim di acara ONE Championship yang diadakan buat pertama kali di Shanghai. (Gambar: ONE Championship) 

MMA: Atlit S'pura Amir Khan sasarkan kejohanan lightweight selepas menang di Shanghai

SHANGHAI: Penggiat seni bela diri campuran Singapura (MMA) Amir Khan kini menyasarkan gelaran juara dalam pertandingan ONE Lightweight selepas menumpaskan Jaroslav Jartim dari Republik Czech di Shanghai malam semalam (2 Sept).

Atlit berusia 22 tahun itu membelasah lawannya 7-8 di Pusat Sukan Oriental Shanghai.

Sebaik saja loceng berbunyi, Amir membuat tumbukan tangkas menggunakan tangan kirinya, disusuli gerakan pantas untuk menjatuhkan Jartim, 24 tahun.

Amir berjaya menjatuhkan lawannya itu dalam pusingan pertama dan ditabalkan juara dalam masa 3 minit 46 minit.

Kemenangan itu yang kelima berturut-turut bagi Amir dan membaiki rekodnya kepada 8-2.

Selepas kejayaannya itu, Amir menyatakan hasrat untuk menentang juara ONE Lightweight Eduard Folayang dari Filipina atau Ev Ting, bekas pencabar yang berpangkalan di Auckland.


"Saya hanya cuba untuk menguji ketangkasannya pasa pusingan pertama. Saya dan jurulatih saya baru sahaja berlatih melakukan gerakan tersebut lima minit lalu," kata Amir selepas kemenangannya itu.

"Saya mahu tali pinggang kemenangan. Berikan saya Eduard Folayang atau Ev Ting."

Keputusan Kejuaraan ONE: Shanghai:

Perlawanan Juara Dunia ONE Welterweight : Ben Askren tewaskan Zebaztian Kadestam dengan TKO (Strikes) pada 4:09 minit pusingan kedua.

Perlawanan Flyweight: Ma Hao Bin kalahkan Hexigetu dengan Submission (Guillotine Choke) pada 4:50 minit pusingan kedua.

Perlawanan Lightweight: Amir Khan kalahkan Jaroslav Jartim dengan TKO (Strikes) pada 3:46 minit pusingan pertama.

Perlawanan Strawweight: Xu Chun Yan kalahkan Eh Ya Nut dengan pemilihan selepas tiga pusingan.

Perlawanan Featherweight: Tetsuya Yamada tewaskan Kyle Rozewski dengan Submission (Rear-Naked Choke) pada 1:55 minit pusingan pertama.

Perlawanan Featherweight : Sagetdao Petpayathai tewaskan Mahmoud Mohamed by TKO (Strikes) pada 1:41 minit pusingan pertama.

Perlawanan Strawweight : Miao Jie tewaskan Mona Samir dengan Submission (Armbar) pada 0:49 minit pusingan pertama

Perlawanan Lightweight: Zhang Ze Hao kalahkan Li Cheng Chao dengan TKO (Strikes) pada 2:53 minit pusingan ketiga

Perlawanan Featherweight: Xie Chao kalahkan Marc Marcellinus dengan Submission (Kimura) pada 1:28 minit pusingan pertama 

- CNA/FA/ru

Komen Anda?

Top