Images
  • messi bola
    Pemain bila sepak Lionel Messi.

Messi jaring gol ke-100, letakkan Barcelona di kedudukan teratas Liga Juara-juara UEFA

BARCELONA: Lionel Messi menjaringkan golnya yang ke-100 sekaligus memastikan Barcelona menang selesa 3-1 ke atas Olympiakos.

Messi menjaringkan golnya itu menerusi tendangan percuma pada minit ke-61.

Gol tunggal Olympiakos dijaringkan Nikolaou pada minit ke-90.

Barcelona kini mendahului Juventus dalam Kumpulan D dengan tiga mata manakala Olympiakos belum meraih sebarang mata.

Dalam perlawanan kumplan 'A', Manchester United memanfaatkan kesilapan yang memalukan oleh penjaga gawang termuda Benfica, Mile Svilar untuk menang 1-0.

United kini di tangga teratas setelah menang kesemua tiga perlawanannya. 

- Agensi Berita/NF/fa

Komen Anda?

Top