Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Messi, Aguero turun padang menentang S'pura di Stadium Negara pada 13 Jun

Bintang pasukan Barcelona Lionel Messi akan menyertai satu perlawanan persahabatan antara Argentina dengan Singapura pada 13 Jun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Messi, Aguero turun padang menentang S'pura di Stadium Negara pada 13 Jun

Pemain dan kapten pasukan Argentina Lionel Messi. (Gambar fail: Reuters)

SINGAPURA: Bintang pasukan Barcelona Lionel Messi akan menyertai satu perlawanan persahabatan antara Argentina dengan Singapura pada 13 Jun ini.

Dalam satu kenyataan media hari ini (19 Apr), Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menyatakan Argentina akan membawa kesebelasan utama mereka menentang pasukan Singa di Stadium Negara.

Perlawanan itu diadakan empat hari selepas pasukan itu menentang Brazil di Melbourne.

Pemain lain yang bakal beraksi termasuk penyerang Manchester City Sergio Aguero dan pemain sayap Paris Saint-Germain Angel Di Maria.

Mediacorp melaporkan bulan lalu bahawat erdapat perbincangan untuk membawa pasukan dari Amerika Selatan itu ke Singapura.

Perlawanan persahabatan itu juga bakal menandakan ulang tahun ke-125 FAS.

Ketua Jurulatih Singa V Sundramoorthy berkata perlawanan itu akan memberi para pemain dan jurulatih tempatan "pengalaman yang sangat berharga".

Harga tiket dari S$40 hingga S$188 bagi dewasa, akan dijual di pondok tiket Hab Sukan mulai 9.00 pagi pada 20 April.

Tiket konsesi bagi kanak-kanak berusia 16 tahun dan ke bawah dan warga tua berusia 60 tahun dan ke atas, berharga S$25. 

Sumber : Today/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan