Images
  • egypt world cup
    Para penyokong Mesir meraikan kemenangan pasukan bola sepak Mesir.

Mesir mara ke pusingan peringkat akhir Piala Dunia

KAHERAH, MESIR: Pemain Liverpool Mohamed Salah menjaringkan dua gol bagi memastikan Mesir tempat di peringkat akhir, tahun depan.

Lapangan Tahrir di Kaherah sesak dengan warga Mesir yang meraikan kemenangan negara mereka ke atas Congo di Iskandariah.

Setelah meletakkan Mesir di hadapan dalam separuh masa, Mohamed Salah menyempurnakan tendangan penalti dalam masa kecederaan untuk melayakkan Mesir ke pertandingan akhir piala dunia buat julung-julung kalinya dalam masa 28 tahun.

Kemenangan 2-1 itu meletakkan Mesir empat mata di hadapan pencabar terdekatnya, Uganda dalam kumpulan E dengan baki satu lagi perlawanan.

Keputusan tersebut disambut dengan meriah oleh rakyat Mesir yang kali terakhir menyaksikan pasukan mereka beraksi dalam peringkat akhir piala dunia di Itali pada 1990. 

- BERITAMediacorp/AA/fa

Komen Anda?

Top