Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Mengejut: Rosberg umumkan persaraannya, gemparkan Formula One

Nico Rosberg menggemparkan Formula One hari ini (2 Dis) dengan pengumuman mengejut bahawa beliau akan bersara.

Anggaran Waktu Membaca:
Mengejut: Rosberg umumkan persaraannya, gemparkan Formula One

Pelumba Mercedes, Nico Rosberg mengumumkan persaraannya di Vienna, Austria pada 2 Dis 2016. (Gambar: REUTERS/Leonhard Foeger)

Diterbitkan : 02 Dec 2016 09:53PM Dikemas Kini : 02 Dec 2016 09:55PM

LONDON: Nico Rosberg menggemparkan Formula One hari ini (2 Dis) dengan pengumuman mengejut bahawa beliau akan bersara.

Rosberg mengumumkan demikian hanya beberapa hari selepas beliau memenangi kejohanan dunia beliau yang pertama sebagai pelumba Mercedes.

"Dari detik saya dapat menentukan kemenangan berada dalam genggaman saya, saya mula rasa amat tertekan dan saya mula berfikir untuk mengakhiri kerjaya lumba saya sekiranya saya menjadi juara dunia," kata warga Jerman itu dalam kenyataan di Facebook.

"Pada pagi Ahad di Abu Dhabi, saya tahu ia mungkin perlumbaan terakhir saya dan perasaan itu menjernihkan pemikiran saya sebelum ia bermula. Saya mahu menikmati pengalaman itu, kerana saya tahu ia mungkin kali terakhir.

"Saya mengambil keputusan saya pada malam Isnin," tambah Rosberg, 31 tahun.

Sumber : Reuters/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan