Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Maskot Sukan SEA Rimau dan Nila berpelukan tanda M'sia & S'pura damai

Para penonton yang berada di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil untuk menyaksikan acara sukan baru-baru ini dihiburkan dengan keletah maskot kedua-dua negara yang tiba-tiba muncul dan mencuit hati mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Maskot Sukan SEA Rimau dan Nila berpelukan tanda M'sia & S'pura damai

Maskot Rimau (M'sia) berpelukan dengan maskot Nila (S'pura) di Sukan SEA 2017. (Gambar: Khairy Jamaluddin/Twitter)

Diterbitkan : 26 Aug 2017 11:50PM Dikemas Kini : 26 Aug 2017 11:56PM

KUALA LUMPUR: Para penonton yang berada di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil untuk menyaksikan acara sukan baru-baru ini dihiburkan dengan keletah maskot kedua-dua negara yang tiba-tiba muncul dan mencuit hati mereka.

Maskot comel Rimau dari Malaysia dan Nila dari Singapura dilihat berpelukan dan aksi spontan itu dirakam para penonton yang hadir, lapor laman Astro Awani.

Malah, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin turut berkongsi gambar-gambar tersebut di laman Twitternya.

Lebih mencuit hati setelah Encik Khairy turut memuat naik gambar Rimau ditahan polis ekoran aksi berpelukan dengan Nila, lapor laman Astro Awani.

Gambar tersebut secara tidak langsung dilihat sebagai simbol perdamaian antara dua negara jiran - Malaysia dan Singapura.

Ini setelah berlaku pertikaian antara para penyokong dari kedua-dua negara sejak temasya Sukan SEA ke-29 itu membuka tirainya.

Peminat Malaysia sebelum ini menerima kritikan kerana melaungkan "Singapore anjing" semasa perlawanan bola sepak pada 22 Ogos lalu.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan