Images
  • Team Spore
    Team Singapore. (Gambar: Sport Singapore)

"Masa depan sukan S'pura cerah" - kata PM Lee

SINGAPURA: Dengan acara Sukan SEA melabuhkan tirainya malam ini (30 Ogos), Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyampaikan ucapan tahniah kepada para atlit Singapura kerana berjaya mencatat prestasi Sukan SEA terbaik di luar Singapura sejauh ini, dengan 188 pingat.

Secara keseluruhannya, para atlit Team Singapore meraih 57 pingat emas, 58 perak dan 73 gangsa.

Menerusi laman Instagram beliau, PM Lee berkata: "Dengan begitu ramai pemenang pingat, sukar untuk menyebut satu persatu nama mereka, tetapi kami bangga dengan usaha dan pencapaian anda - memenangi pingat dalam acara baru, mempertahankan kejuaraan malah memecahkan rekod kebangsaan. Masa depan sukan di Singapura cerah."

PM Lee turut memuji para jurulatih, anggota keluarga, sukarelawan dan para penyokong atas sokongan mereka kepada para atlit negara.

- BERITAMediacorp/nk

Komen Anda?

Top