Images
  • man utd
    Manchester United menang 1-0 ke atas Brighton pada Sabtu (25 Nov). (Gambar: Oli SCARFF/AFP)

Manchester Utd rapatkan jurang dengan City, Spurs terikat 1-1

LONDON: Manchester United merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana, Manchester City, kepada lima mata selepas menang 1-0 ke atas Brighton.

Manakala Tottenham pula menerima satu lagi tamparan dalam percubaan untuk menjulang kejuaraan, selepas 1-1 dengan West Bromwich Albion pada Sabtu (25 Nov).

United, yang dipimpin Jose Mourinho, bangkit dari kekalahan dalam Liga Juara-Juara di tangan Basel minggu ini, setelah Lewis Dunk menjaringkan gol ke gawang sendiri pada separuh masa kedua di Old Trafford.

Bagaimanapun, City boleh meluaskan jurang dengan sebanyak lapan mata dari United, jika ia menang dalam perlawanan menentang Huddersfield hari ini (26 Nov).

Harapan Tottenham untuk menjuarai liga tersebut buat kali pertama sejak tahun 1961 kini kian musnah menyusuli keputusan terbaru yang mengecewakan di Wembley itu.

Pasukan itu kini ketinggalan 10 mata di belakang City.

Chelsea berjaya menamatkan perlawanan dengan keputusan seri 1-1 dengan Liverpool, selepas Willian menjaringkan gol pada saat-saat akhir.

Kemenangan United dalam dua perlawanan liga berturut-turut sudah cukup untuk pasukan tersebut terus menyaingi City.

Ini sekaligus menjadi rekod bagi United selepas ia bermain tanpa kalah di padang sendiri dalam 39 perlawanan.

Berikut ini keputusan Liga Perdana England bagi Sabtu:

Crystal Palace 2 Stoke 1
Liverpool 1 Chelsea 1
Manchester United 1 Brighton 0
Newcastle 0 Watford 3
Swansea 0 Bournemouth 0
Tottenham 1 West Brom 1

- AFP/IM/im

Komen Anda?

Top