Images
  • sterling man city
    Gambar fail pemain midfield Manchester City Raheem Sterling (tengah) meraikan jaringan beliau semasa menentang Arsenal. (Gambar: AFP/Oli SCARFF)

Manchester City, United kekalkan 'taring' untuk juarai Liga Perdana England

LONDON: Manchester City dan Manchester United mengekalkan taring mereka dalam menjuarai Liga Perdana England.

Manchester City kekal di tahta liga, mendahului United mengikut perbezaan gol selepas membelasah Crystal Palace 5-0.

Raheem Sterling menjaringkan dua gol, sementara Leroy Sane, Sergio Aguero dan Fabian Delph turut menjaringkan satu gol.

Kekalahan itu bermakna Palace tewas dalam kesemua enam perlawanan liga tanpa gol.

Dalam pada itu, gol kelapan Romelu Lukaku dalam lapan perlawanan membawa Manchester United kemenangan 1-0 di Southampton.

Chelsea berada di belakang dua kelab Manchester itu setelah berjaya meraih tiga mata selepas kemenangan 4-0 di Stoke.

Tottenham di tempat keempat selepas Harry Kane menjaringkan dua gol, memberi Spurs kemenangan 3-2 di West Ham.

 

- CNA/ur

Komen Anda?

Top