Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Man United juarai Liga Europa; benam Ajax 2-0

Kelab England Manchester United meraih kejuaraan pertamanya dalam liga Europa, dengan menundukkan Ajax Amsterdam dari Belanda.

Anggaran Waktu Membaca:
Man United juarai Liga Europa; benam Ajax 2-0

Pasukan Manchester United meraikan kemenangannya setelah menjuarai Liga Europa UEFA. (Gambar: JANEK SKARZYNSKI/AFP)

Diterbitkan : 25 May 2017 09:22PM Dikemas Kini : 25 May 2017 09:25PM

STOCKHOLM: Kelab England Manchester United meraih kejuaraan pertamanya dalam liga Europa, dengan menundukkan Ajax Amsterdam dari Belanda.

United mengenakan tekanan ke atas barisan pemain muda Ajax sejak dari mula perlawanan.

Usaha mereka itu berbaloi apabila Paul Pogba membuka tirai jaringan pada minit ke- 18, hasil bola yang terlantun daripada pemain Ajax Davinson Sanchez.

Tiga minit selepas babak kedua dimulakan, pemain tengah Henrikh Mkhitaryan menambah jaringan kepada 2-0 untuk memastikan kemenangan United.

Kemenangan ini sekali gus memastikan tempat United dalam Liga Juara-Juara Eropah. 

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan