Images
  • man u

Man U gagal pertahan kedudukan sebagai juara, tewas di tangan Chelsea

ENGLAND: Juara bertahan, Manchester United tersingkir di peringkat suku akhir semasa bertemu Chelsea.

Pertemuan antara dua pasukan terkenal England ini berlangsung sengit.

Perlawanan babak pertama berakhir tanpa jaringan gol tetapi Manchester United kehilangan seorang pemain.

Ander Herrera menerima kad kuning kedua setelah bertindak kasar terhadap Eden Hazard pada minit ke-35.

Kejadian ini turut mencetuskan pertikaian antara pengurus kedua-dua pasukan, Antonio Conte dan Jose Mourinho.

Gol tunggal perlawanan ini dijaringkan oleh N'Golo Kante pada minit ke-51.

Dalam separuh akhir nanti, Chelsea akan bertemu Tottenham.

- Agensi berita/nk

Komen Anda?

Top