Images
  • liverpool man u
    Perlawanan bola sepak antara Manchester United dan Liverpool.

Man U dan Liverpool seri; Crystal Palace kalahkan Chelsea

ANFIELD: Manchester United, yang turun padang dengan jersi putih, bertandang ke Anfield bagi pertemuan dengan Liverpool.

Bagaimanapun pertembungan antara dua seteru itu berakhir dengan seri tanpa gol.

Jose Mourinho memimpin pasukannya untuk menggugat pasukan tuan rumah, tetapi hanya satu serangan yang hampir mengena sasaran.

Manchester United yang merupakan pilihan utama bagi menjulang trofi kejuaraan EPL musim ini, kini di tangga kedua dengan 20 mata.

Liverpool pula, yang hanya menang satu perlawanan daripada lapan perlawanan, kini ketinggalan tujuh mata di belakang United.

Juara bertahan Chelsea pula kalah mengejut di tangan Crystal Palace yang sebelum itu tewas tujuh kali berturut-turut.

Palace, berada di hadapan pada minit ke-11 apabila pemain pertahanan Chelsea, Cesar Azpilicueta menjaringkan gol ke gawang sendiri.

Wilfried Zaha memastikan Palace menang 2-0 apabila menjaringkan gol sejurus sebelum masa rehat.

Dalam beberapa keputusan lain - Manchester City mencatat kemenangan terbesar musim ini, membelasah Stoke City 7-2.

Watford pula menundukkan Arsenal 2-1 hasil sepakan penalti pada minit ke-71.

Inilah kali pertama Watford mengatasi Arsenal di padang sendiri dalam masa 30 tahun.

Selepas tamat lapan perlawanan, Manchester City kini di persada liga dua mata mengatasi Manchester United.

Watford naik ke tangga keempat di atas Chelsea dan Arsenal.

- Agensi Berita/MM/fa

Komen Anda?

Top