Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

M'sia tuntut jaminan keselamatan dari Korea Utara

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata walaupun tiada sebarang sekatan perjalanan untuk ke negara itu, masih timbul pelbagai isu melibatkan Korea Utara dengan negara lain.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia tuntut jaminan keselamatan dari Korea Utara

Menteri Belia dan Sukan Malaysia Khairy Jamaluddin. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 11 May 2017 10:20AM Dikemas Kini : 11 May 2017 10:21AM

KUALA LUMPUR: Malaysia mahu Korea Utara memberi jaminan keselamatan ke atas pasukan bola sepak negara itu yang akan ke Pyongyang untuk perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 pada 8 Jun ini.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata walaupun tiada sebarang sekatan perjalanan untuk ke negara itu, masih timbul pelbagai isu melibatkan Korea Utara dengan negara lain.

"Kita harap Korea Utara boleh memberi jaminan keselamatan terhadap pasukan kita... bukan hanya ketegangan yang wujud (sebelum ini) antara Malaysia dan Korea Utara yang saya rasa sudah selesai, tetapi Korea Utara sekarang ini menghadapi pelbagai isu melibatkan dunia luar.

"Kita berharap perlawanan dapat berlangsung dan pasukan negara selamat pulang ke Malaysia. Apabila AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) membuat keputusan, kita perlu akur," katanya kepada wartawan selepas melancarkan detik 100 hari penganjuran temasya Kuala Lumpur 2017 di KL Sentral, Kuala Lumpur semalam (9 Mei).

AFC mengumumkan perlawanan antara Malaysia dan Korea Utara dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 akan dilangsungkan di Pyongyang.

Keputusan itu dicapai berikutan pengesahan FAM bahawa tiada sekatan perjalanan dikenakan kerajaan.

Pasukan Harimau Malaya pada mulanya dijadual menentang Korea Utara di Stadium Kim Il-sung di Pyongyang pada 28 Mac lalu tetapi kerajaan melarang pasukan itu daripada pergi ke sana atas sebab keselamatan.

Ia berikutan ketegangan antara kedua-dua negara akibat pembunuhan Kim Jong-nam yang juga abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada 13 Feb lepas.

Sumber : Bernama/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan