Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

M'sia cipta sejarah menang pingat emas pertama Kejohanan Renang Dunia FINA

Malaysia mencipta sejarah dengan mememangi pingat emas pertama dalam kejohanan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jul 2017 06:36PM Dikemas Kini : 20 Jul 2017 09:41PM

BUDAPEST: Sukan Kejohanan Renang FINA Sedunia di Budapest.

Malaysia mencipta sejarah dengan mememangi pingat emas pertama dalam kejohanan tersebut.

Cheong Jun Hoong memecahkan penguasaan China dengan memenangi emas bagi kategori platfom 10 meter wanita.

Cheong 27 tahun, mencatatkan 397.50 mata bagi menduduki tempat pertama, hanya 1.5 mata di hadapan alit China Si Yajie.

China bagaimana terus menguasai kejohanan dunia kali ini dengan memenangi 22 pingat, kelebihan 16 pingat berbanding negara-negara lain.

Rusia pula terus menguasai acara renang berirama dengan Svetlana Kolesnichenko muncul juara dalam acara solo bebas wanita.

Ini merupakan pingat emas ketiga Kolesnichenko.

Dia juga meraih emas dalam acara solo dan duet teknikal.

Amerika pula meraih emas pertama menerusi Ashley Twichell dalam acara terbuka lima kilometer wanita.

Ini merupakan emas ketiganya dalam acara yang sama.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan