Images
  • vettel f1
    Pemandu F1 Ferrari Sebastian Vettel semasa sesi latihan pertama Grand Prix Bahrain. (Gambar: REUTERS/Hamad I Mohammed)

Lumba F1: Vettel pelumba terpantas dalam 2 sesi latihan di Bahrain

BAHRAIN: Sebastian Vettel menjadi pelumba paling pantas dalam kedua-dua sesi latihan siang tadi (15 Apr).

Namun pelumba Ferrari itu mengalami masalah dalam sesi latihan kedua sehingga keretanya terpaksa ditolak ke kawasan pit.

Mujur masalah itu dapat diatasi dan Vettel dapat kembali ke litar.

Vettel menamatkan sesi latihan kedua dengan masa 0.041 saat di hadapan pelumba Mercedes Valtteri Bottas.

Rakan sepasukan Bottas, Lewis Hamilton berjaya memperbaiki catatan masa dari tempat ke-10 ke tangga kelima.

Rakan sepasukan Vettel, Kimi Raikkonen juga mengalami masalah.

Kereta Raikkonen berhenti di tengah-tengah litar kerana masalah unit janakuasa.

Raikkonen bagaimanapun tetap mencatatkan masa keempat terpantas. 

- BERITAMediacorp/ru

Komen Anda?

Top
>