Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Lumba basikal: Azizulhasni Awang juara dunia acara Keirin

Beliau mendahului perlumbaan itu pada pusingan terakhir untuk mengakhirinya di hadapan pelumba Colombia Fabian Puerta dan Tomas Babek dari Republik Czech.

Anggaran Waktu Membaca:
Lumba basikal: Azizulhasni Awang juara dunia acara Keirin

Pelumba basikal Malaysia Mohd Azizulhasni Awang selepas memenangi acara Keirin di satu kejohanan dunia. (Gambar: AFP)

HONG KONG: Pelumba basikal Malaysia Azizulhasni "Pocket Rocketman" Awang memenangi kejuaraan dunia pertama beliau dengan kemenangan dalam acara Keirin di Kejohanan Trek Berbasikal Sedunia di Hong Kong pada Khamis (14 April).

Beliau mendahului perlumbaan itu pada pusingan terakhir untuk mengakhirinya di hadapan pelumba Colombia Fabian Puerta dan Tomas Babek dari Republik Czech.

Azizulhasni meraih pingat gangsa di perlumbaan akhir Keirin semasa Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro.

Menurut laporan Astro Awani, Azizulhasni hanya berjaya meraih pingat perak pada 2010 di Denmark selain merangkul pingat gangsa, dua kali -- di Perancis pada 2015 dan 2016 di United Kingdom dalam acara yang sama.

Pelumba kelahiran Terengganu itu juga mendapat pingat perak dalam acara pecut pada 2009 di Poland.

Sumber : AFP/Agensi berita/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan