Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

LKT tidak tahu menahu derma Bill Ng kepada FAS, tegas Lim Kia Tong

Meskipun beberapa anggota utama pasukan LKT juga merupakan anggota majlis Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada waktu itu, mereka tidak mengetahui tentang derma $500,000 daripada Bill Ng kepada Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF).

Anggaran Waktu Membaca:
LKT tidak tahu menahu derma Bill Ng kepada FAS, tegas Lim Kia Tong

Naib Presiden FAS, Lim Kia Tong. (Gambar: Justin Ong)

Diterbitkan : 25 Apr 2017 12:33PM Dikemas Kini : 25 Apr 2017 12:46PM

SINGAPURA: Meskipun beberapa anggota utama pasukan LKT juga merupakan anggota majlis Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada waktu itu, mereka tidak mengetahui tentang derma $500,000 daripada Bill Ng kepada Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF).

Demikian menurut pemimpin pasukan itu, Lim Kia Tong semalam (24 Apr).

"Sejujurnya, saya dan beberapa anggota majlis tidak mengetahui tentang bagaimana dan siapa yang mencetuskan idea derma atau tajaan kepada Persekutuan Bola Sepak ASEAN," kata Encik Lim dalam satu sesi dialog bersama pihak media.

Encik Lim dan anggota pasukannya Bernard Tan dan S Thavaneson merupakan anggota majlis pada waktu derma tersebut dibuat, kata beliau.

"Tidak ada perbincangan. Perkara ini tidak pernah ditimbulkan semasa mesyuarat majlis; mahupun disuarakan semasa mesyuarat jawatankuasa eksekutif."

Pasukan LKT akan bersaing dalam pemilihan tampuk kepimpinan baru FAS pada Sabtu ini (29 Apr), dengan pasukan Encik Ng, Game Changers.

Isu tersebut menjadi kontroversi setelah Encik Ng mendedahkan tentang derma itu dan mengatakan beliau tidak tahu ke mana menghilangnya dana yang didermakan.

Sejak itu, Setiausaha Agung FAS Winston Lee, menyifatkan kenyataan Encik Ng sebagai "ternyata palsu" malah menunjukkan bukti sepucuk surat yang menyatakan Encik Ng mengetahui derma yang diberikan adalah untuk AFF.

Semalam, Encik Lim dan pasukannya menyatakan urus niaga sedemikian jarang berlaku memandangkan FAS lazimnya menjadi sumber dana bagi kelab-kelab dan tidak menerima derma dari kelab-kelab kerabat.

Isu derma itu sepatutnya diberitahu dan disuarakan kepada pihak majlis, kata Encik Tan, calon timbalan presiden dan bekas anggota majlis FAS.

"Saya curiga kerana prosedurnya dipatuhi tetapi ia bukan dibuat untuk urus niaga tersebut," kata Encik Tan.

Encik Lim dan Encik Tan bersetuju isu tersebut sudah mencalarkan imej bola sepak Singapura dan reputasi FAS.

Jika dilantik, pasukan itu menyatakan perkara pertama yang akan dilakukan adalah mengembalikan kepercayaan di kalangan masyarakat bola sepak.

"Kami akan segera menubuhkan pasukan bertindak untuk berusaha memperkukuh masyarakat bola sepak, supaya apa yang berlaku pada minggu lalu tidak akan berulang lagi," kata Encik Tan.

Pasukan itu menambah ia akan melakarkan dasar berkaitan pengurusan wang derma.

Meskipun dibelenggu pelbagai insiden, pasukan LKT menyatakan pemilihan tampuk kepimpinan baru FAS akan berjalan lancar seperti yang dirancang pada Sabtu ini (29 Apr).

Sumber : Today/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan