Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

LKT, Game Changers dibenarkan bertanding bagi pemilihan kepimpinan FAS

Kedua-dua pasukan yang berebut-rebut untuk bertanding bagi pemilihan pucuk kepimpinan baru Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dibenarkan bersaing antara satu sama lain, menurut FAS pada Selasa (18 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
LKT, Game Changers dibenarkan bertanding bagi pemilihan kepimpinan FAS

Gambar Bill Ng (kiri) dan Lim Kia Tong.

Diterbitkan : 19 Apr 2017 12:34PM Dikemas Kini : 19 Apr 2017 12:47PM

SINGAPURA: Kedua-dua pasukan yang berebut-rebut untuk bertanding bagi pemilihan pucuk kepimpinan baru Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dibenarkan bersaing antara satu sama lain, menurut FAS pada Selasa (18 Apr).

Game Changers, yang dipimpin oleh pengerusi Hougang United Bill Ng, akan bersaing dengan LKT, yang diterajui oleh mantan presiden sementara FAS Lim Kia Tong bagi menyandang jawatan presiden FAS.

Dalam kenyataan medianya, FAS menyatakan: "Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengesahkan bahawa calon-calon berikut layak bertanding bagi Pemilihan Kepimpinan Majlis FAS bagi penggal 2017 hingga 2021 pada 29 April 2017."

Awal dari itu, 34 calon sudahpun menyerahkan borang pencalonan mereka sebelum tarikh tutup pada 25 Mac.

Selain pasukan-pasukan seramai sembilan orang itu, 14 yang lain turut bertanding bagi jawatan dalam majlis itu secara individu. 16 orang sudah memohon untuk berbuat demikian tetapi tidak layak bertanding.

Salah seorang daripada mereka ialah Suresh Nair, yang terikat dengan Game Changers. Beliau pada awalnya merayu terhadap keputusan tersebut tetapi masih tidak dibenarkan bertanding. Seorang lagi ialah Moklas Ma'arof, yang menarik balik pencalonan beliau.

Empat daripada 14 calon individu terikat dengan Game Changers dan enam daripadanya pula terikat dengan LKT. Empat calon yang lain bertanding sebagai calon bebas.

Pemilihan itu akan berlangsung Sabtu depan di Auditorium Black Box Sport Singapore.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan