Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Litar Silverstone GP Britain bakal tamatkan kontrak dengan F1

Dalam acara khas menjelang F1 Silverstone, hujung minggu ini, kesemua 10 pasukan yang bakal mengambil bahagian turun padang untuk mempamerkan ketangkasan masing-masing.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Jul 2017 08:13PM Dikemas Kini : 14 Jul 2017 12:25AM

LONDON: Litar Silverstone di Britain bakal menamatkan kontrak menjadi tuan rumah lumba kereta F1 pada 2019 dan timbul spekulasi perlumbaan itu mungkin dipindahkan ke jalan raya ibu kota London.

Ini berikutan satu acara khas yang diadakan di London sempena perlumbaan F1 Britain tahun ini.

Selain itu Ketua F1, Chase Carey, memberitahu agensi berita Reuters, pihaknya berminat untuk membawa F1 ke lebih banyak perlumbaan di jalan raya.

Para pemandu F1 seperti Sebastian Vettel dan Jenson Button, bersetuju untuk terus berlumba jika F1 diadakan di jalan raya London.

Malah Datuk Bandar London Sadiq Kahn juga menyuarakan kesediaan untuk berbincang dengan pihak pengurusan F1 jika mereka merancang memindahkan perlumbaan bertaraf dunia itu ke bandar tersebut.

Dalam acara khas menjelang F1 Silverstone, hujung minggu ini, kesemua 10 pasukan yang bakal mengambil bahagian turun padang untuk mempamerkan ketangkasan masing-masing.

Pameran kerjaya dan inovasi mengenai F1 juga diadakan.

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan