Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Lim Kia Tong dipilih presiden baru FAS

Pasukan LKT, yang diterajui oleh Lim Kia Tong, akan menerajui pucuk kepimpinan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Apr 2017 12:13PM Dikemas Kini : 29 Apr 2017 10:06PM

SINGAPURA: Pasukan LKT, yang diterajui oleh Lim Kia Tong, akan menerajui pucuk kepimpinan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).

Ini setelah pasukan itu berjaya menewaskan pesaingnya yang diterajui oleh Encik Bill Ng pada Sabtu (29 Apr).

Pasukan Encik Lim menang setelah memperolehi 30-13, dengan 1 undi rosak, menurut beberapa sumber yang menyaksikan proses pengundian berkenaan.

Menyusuli kemenangan pasukan LKT bagi pemilihan pucuk kepimpinan FAS pada Sabtu, majlis baru tersebut bakal dianggotai oleh Bernard Tan sebagai timbalan presiden FAS, dengan Edwin Tong, Teo Hock Seng, S Thavaneson dan Razali Saad sebagai naib presiden.

Calon-calon anggota individu dari Pasukan LKT - Encik Forrest Li, Encik Dinesh Nair dan Encik Darwin Jalil - juga dipilih umtuk menyertai majlis tersebut.

Memandangkan Pasukan LKT tidak mempunyai calon wanita yang diwajibkan, pemain bola sepak wanita Tanjong Pagar United Sharda Parvin turut dipilih, menurut FAS.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan