Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Liga Perdana: Man United kalahkan Arsenal walaupun dengan 10 pemain

Manchester United berjaya mengalahkan Arsenal 3-1 meskipun dengan hanya 10 pemain selepas Paul Pogba diarah keluar padang dalam satu perlawanan yang mendebarkan di Stadium Emirates. 

Anggaran Waktu Membaca:
Liga Perdana: Man United kalahkan Arsenal walaupun dengan 10 pemain
Diterbitkan : 03 Dec 2017 10:23AM Dikemas Kini : 03 Dec 2017 10:29AM

LONDON: Manchester United berjaya mengalahkan Arsenal 3-1 meskipun dengan hanya 10 pemain selepas Paul Pogba diarah keluar padang dalam satu perlawanan yang mendebarkan di Stadium Emirates.

Ini sedang Liverpool dan Chelsea juga mendekatkan lagi jurang, mencabar kedudukan Manchester City yang mendahului Liga Perdana.

Memandangkan pasukan Pep Guardiola itu hanya akan beraksi hari ini (3 Dis), keputusan perlawanan-perlawanan semalam meletakkan Manchester United lima mata di belakang Manchester City dengan persembahan yang menyangkal reputasi Jose Mourinho sebagai terlalu berhati-hati apabila bermain di luar padang sendiri.

Antonio Valencia dan Jesse Lingard membolosi jaringan gol dalam tempoh 11 minit sahaja manakala sepakan Lingard ke dalam gawang Arsenal pada separuh akhir kedua mengesahkan prestasi Manchester United yang terbaik walaupun Pogba diarah keluar padang pada minit ke 75.

Sememangya pemain warga Perancis itu mendapat kad merah dengan tindakan kasarnya terhadap Hector Bellerin. Dengan itu, dia tidak boleh bermain dalam tiga perlawanan mendatang termasuk yang akan berlangsung minggu depan, menentang Manchester City pula.

Sementara itu, Liverpool memanfaatkan kekalahan Arsenal yang pertama dalam 13 perlawanan di padang sendiri untuk melanjut ke kedudukan keempat selepas menewaskan Brighton & Hove Albion dengan selesa iaitu 5-1. Pasukan jurulatih Juergen Kopp itu sudahpun meraih 15 dalam hanya empat perlawanan di luar padang mereka sendiri.

Emre Can berjaya menanduk masuk bola ke jaring, disusuli pula dengan Roberto Firmino yang menyumbang dia gol. Kemudian, Philippe Coutinho pula menyertai kedua-duanya dengan sebuah gol menerusi sepakan percuma sementara gol Liverpool yang kelima hasil tandukan Lewis Dunk ke gawangnya sendiri.

Meskipun Brighton diberikan penalti pada minit ke 51, gol Glenn Murray itu tidak cukup untuk mengembalikan semangat kepada pasukan tersebut untuk mengejar Liverpool.

Sebelum perlawanan itu, Chelsea pula kembali dari belakang untuk mengalahkan Newcastle United 3-1 di Stamford Bridge.

Apakan tidak. Eden Hazard sendiri membuat sembilan sepakan, enam terkena sasaran dan dua melepasi penjaga gawang. Malah, pengurus Rafa Benitez akur bahawa dia yang mendatangkan kelainan kepada perlawanan yang pada awalnya didahului pasukannya itu dengan jaringan gol Dwight Gayle.

Dengan ini, Newcastle United mencatat kekalahan yang keenam berturut-turut. 

Keputusan pelawanan Liga Perdana semalam:

Arsenal 1 Manchester United 3

Brighton 1 Liverpool 5

Chelsea 3 Newcastle 1

Everton 2 Huddersfield 0

Leicester 1 Burnley 0

Stoke 2 Swansea 1

Watford 1 Tottenham 1 

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan